23 April 2011

Tazkiyatu An-Nafs.......



PUASA SUNAT

Cara menghargai tubuh dengan puasa Sunat

Oleh Dr. Osman Nasir

Tulisan ini cuba meninjau kelebihan puasa sunat kepada manusia dari aspek perubatan. Puasa yang dikerjakan oleh bukan Islam tidak sama caranya dengan yang dilakukan oleh umat Islam.

Di barat dan negeri bukan Islam, puasa mereka ialah tidak memakan bahan pejal sepanjang dua puluh jam tapi mereka akan minum sedikit air garam, atau air teh bercampur mentega ( di Tibet) atau hanya meminum air jus buah-buahan.

Orang Islam pula berpuasa selama lebih kurang tiga belas jam sehari dari sebelum waktu Subuh sehinggalah waktu Maghrib.

Tiga belas jam ialah masa yang diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan dan minuman, termasuk proses membina sel, darah, tenaga dan lain-lain lagi. Ini berdasarkan kepada waktu normal makam seorang individu, tetapi proses ini akan terganggu jika seorang makan tanpa kira waktu dan tidak berhenti-henti.

Puasa selama 13 jam sehari itu lebih menepati kehendak tubuh dari segi ilmu perubatan. Puasa Isnin dan Khamis boleh membantu kita mengimbangi apa-apa makanan lebihan dan kerja lebihan yang kita paksa ke atas organ-organ kita pada hari-hari lain dalam waktu seminggu.

Puasa pada hari Isnin membetulkan kesilapan - indigestion - lebihan kerja pada organ yang kita lakukan dari Jumaat sehingga hari Ahad. Manakala puasa Khamis membetulkan tubuh kita pada apa yang dilakukan pada hari Selasa hingga Rabu.

Bila kita berpuasa secara spontan tubuh kita akan mula melakukan pembuangan bahan-bahan toksid yang terkumpul padat dalam organ-organ kita (focus on detoxification of congested organs).

Berpuasa tidak bermaksud laparkan diri seperti yang difikirkan oleh orang awam. Biasanya inilah keluhan orang ramai bila hampir tiba bulan puasa kerana mereka tidak faham falsafah ibadah puasa.

Dari segi ilmu perubatan puasa adalah Therapeutic - bermaksud puasa membina manusia yang sihat! Puasa boleh membantu kita membersihkan dalaman tubuh kita (detoxification). Ini adalah kerana :-

a) Kebanyakan penyakit adalah kerana terhimpunnya bahan-bahan toksik, bahan kotor yang terjadi kerana sifat buruk manusia sendiri-makanan tidak verzat, makanan junk food seperti mi segera, kurang senaman atau tidak bersenam langsung (solat juga adalah satu cara bersenam), dan keadaan mental kita (stress, susah hati, terkejar-kejar dalam kehidupan). Puasa dapat membersihkan semua bahan-bahan ini.

Tubuh kita dapat mengembalikan kesihatan dengan syarat kita menyediakannya untuk tujuan itu, salah satu caranya ialah berpuasa.

Bagi orang yang mula-mula melakukan puasa sunat, sudah tentu dia akan merasa lapar dan dahaga diperingkat permulaan - ini adalah normal kerana tubuh badan kita juga mula menyesuaikan dengan keadaan tiada makanan baru hendak dihadam. Sebelum ini kita asyik tidak berhenti makan dan minum sahaja, maka tubuh memberhentikan pengeluaran enzim penghazaman.

Bila tenaga tidak mencukupi, tubuh kita akan mengambilnya dari glycogen yang tersimpan di dalam hati (liver). Dan bila ini juga tidak mencukupi, tubuh akan mencari dalam sel-sel yang berpenyakit dan bahan buangan tubuh sehingga bahan-bahan ini terhazam dengan sendirinya. Keadaan ini dikenali sebagai Autolysis.

Autolysis ialah pembinasaan tisu-tisu atau sel-sel yang dilakukan oleh tindakan enzim-enzimnya sendiri. Proses autolysis menyalur asid amino sel-sel yang berpenyakit kepada sel-sel muda dan sihat tanpa merugikan protein.

Orang yang berpuasa juga akan mengalami kekurangan berat badan sedikit demi sedikit. Dan kurangnya berat badan ini sewaktu berpuasa disebabkan oleh penghapusan bahan kotoran dalam tubuh dan sel-sel berpenyakit.

Bila tubuh sudah dibersihkan, kita akan mengalami perubahan mental,-rasa kita akan hampir kepada Tuhan yang Maha Esa dan diri menjadi lebih tabah menghadapi cabaran hidup.

No comments:

Post a Comment