05 October 2010

Kuliah Mingguan di Masjid Pusat Dakwah

Pusat Dakwah Islam Alor Setar menganjurkan Kuliah Mingguan yang diadakan pada :

Hari : Isnin
Penceramah : Ustaz Mohd Fuad Bin Hj Marzuki
Masa : Jam 1.00 petang
Kitab : Penawar Bagi Hati

Hari : Khamis
Penceramah : Ustaz Rozaidi bin Baharom
Masa : Jam 1.00 petang
Kitab : Bakuratul Amani ( Ilmu Kalam )


Bagi mereka yang berada berdekatan dengan Pusat Dakwah Islam Alor Setar, Anda semua dijemput hadir beramai-ramai untuk mengimarahkan majlis ilmu ini.

Semoga mendapat keberkatan di majlis ini.


Kelas Pengajian Haji dan Umrah

Pusat Dakwah Islam Alor Setar menganjurkan kelas pengajian Haji dan Umrah bersama :

Penceramah : YBhg. Ustaz Abdul Kadir bin Yahya ( Pakar Rujuk Tabung Haji Malaysia )
Hari : Setiap hari Selasa
Masa : Jam 1.00 petang

Marilah sama-sama mendalami ilmu yang berkaitan dengan Ibadat Haji yang merupakan Rukun Islam yang kelima.

Semoga mendapat manfaat dan keberkatan daripada majlis ini.

04 October 2010

Sejarah Penubuhan Pusat Dakwah

Pusat Dakwah Islam Negeri Kedah dibuka dengan rasminya pada 27 April 1978 dengan limpah perkenan D.Y.M.M Tuanku Sultab Abdul Halim Muazham Shah Ibni Al Marhum Sultan Badlishah, Tuanku Sultan Negeri Kedah. Hasrat untuk membina sebuah bangunan yang menjadi pusat kegiatan dakwah islamiyah di negeri ini lahir dari keinginan YAB Dato' Seri Syed Ahmad Shahabudin Al Haj, Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman. .

Dari situasi kegiatan berbagai badan dakwah yang beranika corak dan bentuk kegiatannya di dalam masyarakat, seringkali juga timbulnya penyelewengan di antara badan-badan tersebut dalam kegiatannya menyebabkan timbulnya kesangsian di kalangan masyarakat Islam sendiri di atas usaha mulia ini. Maka dari perbincangan beberapa orang bersama YAB Dato' Seri Menteri Besar di kediamannya, suatu usaha untuk membina sebuah bangunan yang dilengkapi dengan sebuah perpustakaan dan sebuah dewan syarahan serta sebuah masjid perlu segera diwujudkan di tengah-tengah bandar negeri yang sedang pesat membangun ini untuk dijadikan sebuah pusat kegiatan Dakwah Islamiah yang dapat diselaraskan dengan badan-badan dakwah yang sedia ada di dalam negeri ini.

Suatu mesyuarat pertama telah diadakan pada 12hb Mac 1975 di Bilik Gerakan II Wisma Negeri dan menubuhkan dengan rasminya sebuah Jawatankuasa pembinaan yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar sendiri dengan ahli-ahlinya yang terdiri daripada beberapa orang Ketua Jabatan Kerajaan dan Badan-badan Dakwah seperti PERKIM, Jabatan Agama Islam dab guru-guru Agama serta pemimpin-peminpin masyarakat.

Dua buah jawatankuasa kecil juga dibentuk, iaitu Jawatankuasa Teknik dan Kewangan. Setelah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri di dalam penubuhan jawatankuasa ini, Arkitek Antara telah dipilih dalam membuat rekabentuk bangunan tiga serangkai dan menyelenggarakan pembinaan bangunan.

Usaha pertama di dalam memungut derma di kalangan Pegawai-pegawai Muslim di dalam Jabatan-jabatan dan agensi Kerajaan telah pun diadakan pada bulan Oktober dan November 1975 dengan sumbangan 2 % dari gaji bulanan bagi tiap-tiap bulan selama 2 bulan. Sambutan yang menggalakkan dikalangan pegawai-pegawai semua peringkat termasuk mereka yang bukan Islam telah diterima. dituruti pula sumbangan-sumbangan yang semakin bertambah dari pelbagai pertubuhan dan orang perseorangan mengisi tabung binaan tersebut.

Suatu upacara kecil meletak batu asas telah diadakan di tapak binaan bangunan tersebut oleh YAB Dato' Seri Syed Ahmad Shahabudin Al Haj pada 26 Januari 1976 jam 3.30 petang dengan harapan agar pembinaanya mencapai matlamat dakwah islamiyah yang berkembang mewarisi generasi akan datang.

Dalam usaha unuk mendapat sumbangan bagi menyegerakan binaan bangunan tersebut, D.Y.M.M Tuanku Sultan telah berkenan melancarkan Bulan Derma Pusat Dakwah pada 2 September 1976 semasa Pertandingan Akhir Musabaqah Al Quran Peringkat Negeri di Masjid Zahir, Alor Setar malah baginda sendiri telah mengurniakan derma untuk pelancaran tersebut sebanyak RM 10,000.00 diikuti pula kurniaan dari Y.M.M Tuanku Bendahara sebanyak RM 5,000.00. Maka dengan sumbangan Baginda berdua memulai pelancaran Bulan Derma tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dari berbagai lapisan masyarakat negeri ini.

Pada 12 Oktober 1976 Jawatankuasa telah bersetuju menerima tawaran yang dibuat oleh Lean Huat Construction Co. dari Pulau Pinang untuk membina bangunan tersebut dengan pengawasan Arkitek Antara dengan anggaran perbelanjaan membina bangunan.

Pembinaan telah dimulakan pada 8 Disember 1976 sebanyak RM 323,608.20. Ketika bangunan ini dalam pembinaannya, YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sempat pula melawat menyaksikan kerja-kerja pembinaan . Kerajaan Pusat juga turut menyumbangkan sebanyak RM 200,000.00 disamping sumbangan kerajaan negeri sebanyak RM 60,000.00 dan Jabatan Zakat RM 50,000.00.

Kerja-kerja pembinaan ditambah lagi dengan membuat beberapa tambahan kepada lantai, tiang dan tingkap untuk menambah kecantikan bangunan ini, pembinaan bangunan ini siap sepenuhnya pada 31 Januari 1978.

Sungguhpun bangunan tersebut masih memerlukan banyak buku-buku dan perabot untuk Perpustakaan , adalah dipercayai dengan kewangan yang sedia ada dan sumber-sumber tambahan yang bakal diperoleh akan dapat mengisi keperluan-keperluan serta kelengakapan bangunan ini sepenuhnya.

27 April 2010

SEBAB-SEBAB DOA TIDAK DIMAKBULKAN OLEH ALLAH

Satu hari Ibrahim Adham berjalan di pekan lalu dikerumuni oleh orang-orang di pasar lalu bertanya kepadanya "Kami sudah berdoa terlalu lama tetapi kenapa doa kami tidak diterima? " Lalu kata Ibrahim Adham " Ini adalah kerana hati kamu mati disebabkan 10 perkara."

10 perkara yang menyebabkan hati mati dan doa kamu tak dikabulkan oleh Allah :-
  1. Kamu kenal Allah tetapi kamu tidak melunaskan hak-hak Allah.
  2. Kamu kenal sunnah Nabi tetapi kamu tinggalkannya.
  3. Kamu kenal Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  4. Kamu makan nikmat yang Allah beri tetapi tidak mensyukurinya.
  5. Kamu berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu mengikutinya.
  6. Kamu kata syurga itu benar tetapi kamu tidak berusaha untuk mendapatkannya.
  7. Kamu berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak berusaha lari daripadanya.
  8. Kamu kata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia menghadapinya.
  9. Apabila bangun kamu dari tidur, kamu suka mencari dan membuka aib orang lain sedangkan aib sendiri kamu lupakan.
  10. Kamu tahu akan kebenaran kematian tetapi kamu tidak mengambil iktibar dari kematian.




KULIAH RAMADHAN 2010
Tempat : Pusat Dakwah Islam Kedah.
Tarikh : 17 Ogos 2010
Penyampai : Ustaz Fadhil bin Haji Awang

video

Tarikh : 16 Ogos 2010
Penyampai : Dato' Syeikh Zakaria bin Ahmad Wan Besar

video

_______________________________


KURSUS FAIL MEJA
Tempat: SP Inn, Sungai Petani
Tarikh: 22-24 April 2010
Penyertaan: Kakitangan Yayasan Islam Negeri Kedah & Pusat Dakwah Islam Kedah.