23 April 2011

Tazkiyatu An-Nafs............



Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita.
Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan
terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara
keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat
islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak
sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah
jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.
Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin
sembahyang itu fardu.

Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan
pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar
sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang
sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup
dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai
sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat.
Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood
baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri,
pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak
sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih
bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya,
lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak
tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan
tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus
tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam
sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat
ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya,
tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih
melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak
dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi,
tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk,
sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya,
teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah
secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta
fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam
sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan
tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang
lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya
dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa).
Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah
mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan
dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya
tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham
secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan
fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga
pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar
sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki
harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan
dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat
memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang
soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai
kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam
sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan
sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya,
tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya
dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia
walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya.
Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya.
Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan
Allah )

Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh
golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam
sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia
bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca
penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang
telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah,
seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk
mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah
panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak
sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan
dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan
Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi
disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya.
Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan
haq.

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka
dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah
sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan
dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan
disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9
sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada
kufur fasik dan zalim.

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari
sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan
kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah
bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar
terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

1 comment:

  1. salam, admin. mohon disertakan sumber sekali untuk rujukan tambahan. terima kasih.

    ReplyDelete