01 February 2011

FADHILAT MEMBACA AL-QURAN


Setiap Muslim yang berhasrat untuk meningkatkan tahap kecintaan dan ketaqwaan terhadap Allah SWT perlu memperbanyak syariat harian yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW demi mencapai martabat al- Muqarrabin iaitu mereka yang berjaya menghampirkan diri kepada-Nya.

Antara amalan-amalan mulia ialah membaca al-Quran, istighfar, berzikir, berselawat dan berdoa.

MEMBACA AL-QURAN

Antara kelebihan membaca al-Quran ialah:

1- Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.

2- Pahala membaca satu huruf daripada al-Quran.

3- Mengikut Ibn Abbas r.a. pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.

4- Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat.

5- Pada hari kiamat, al-Quran menjadi pembela.

6- Pembaca akan memperoleh keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.

7- Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.

8- Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada dan Solehin.

9- Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampun dosa mereka.

10- Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.

11- Jika dibaca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.

12- Membaca secara tadarus (bergilir- gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan di kelilingi oleh malaikat.

13- Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat.

14- Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran.

MASA YANG DIUTAMAKAN MEMBACA AL-QURAN

- Pada waktu tengah malam sehingga fajar adalah paling utama

- Antara maghrib dan Isyak.

- Sesudah solat Subuh.