21 March 2011

Tinta al-Furqan


Surah al- Ikhlas
Surah Tauhid dan Memurnikan Keimanan Kepada Allah.


Surah ini dinamakan dengan berbagai nama. Yang paling terkenal ialah surah al- Ikhlas kerana ia membicarakan tentang tauhid yang tulus dan suci terhadap Allah SWT, suci daripada sebarang kekurangan dan bebas daripad sebarang penyekutuan. Juga kerana Allah membebaskan hamba dari sebarang syirik atau daripada api neraka. Ia juga dinamakn sebagai surah al-Tafrid, al- Tajrid, al- Tauhid, al-Najah, al- Wilayah kerana setiap orang yang membacanya akan tergolong dalam kalangan auliya’ Allah dan ahli al- Ma’rifah. Ia juga dinamakan sebagai surah al- Asas kerana ia merangkumi asas- asas dan prisip agama.

Kandungan Surah

Surah ini mengandungi rukun- rukun aqidah dan syariat Islam yang terpenting iaitu mentauhidkan Allah dan mensucikanNya, memperakukanNya dengan sifat- sifat kesempurnaan dan menafikan kewujudan sebarang sekutu bagiNya. Ini secara tidak langsung menolak pandangan orang- orang Nasrani yang menganut fahaman trinitas atau konsep tiga tahun. Surah ini juga menyanggah perbuatan orang- orang musyrikin yang mengabdikan diri kepada tuhan- tuhan yang lain; disamping pengabdian diri kepada Allah..

Sebab Turun Surah

Imam Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Jarir meriwayatkan daripada Ubai Ibn Ka’ab bahawa orang- orang musyrikin telah berkata kepada Rasulullah: “ Wahai Muhammad! Sifatkan kepada kami Tuhan anda!” Maka Allah menurunkan surah al- Ikhlas.

Ibn Jarir dan al- Tirmizi dalam riwayat lain menambah bahawa ( الصمد ) ialah yang tidak beranak atau diperanakan” kerana setiap yang dilahirkan pasti akan mati. Manakala setiap yang mati pasti akan meninggalkan waris; sedangkan Allah tidak mati dan tidak pula meninggalkan waris. Firman Allah ( maksudnya): “ dan tidak ada yang setara denganNya.” ( al- Ikhlas, 112;4). Ertinya tiada yang serupa atau yang menyamai Allah SWT. Tiada yang dapat menjadi setara denganNya.

Qatadah, Dakhkhak dan Muqatil berkata: “ Beberapa orang yahudi datang bertemu Rasulullah s.a.w lalu berkata: “ Sifatkan kepada kami Tuhan engkau ( wahai Muhammad) kerana Allah telah menurunkan sifat- sifatNya didalam Taurat. Ceritakanlah kepada kami Dia dari apa? Dia dari jenis mana? Adakah Dia emas, atau tembaga atau perak. Adakah Dia makan dan minum? Dari siapa Dia mewarisi dunia atau mewariskan dunia ini kepada sesiapa. Dalam rangka menjawab soalan mereka maka Allah menurunkan surah ini dengan menjelaskan tentang sifat- sifat Allah secara khusus.

Pedoman Hidup dan Hukum-hakam.

1- Surah yang ringkas ini merangkumi dua perkara iaitu penafian dan pengisbatan sekaligus.

Surah ini menjelaskan menerusi firmanNya ( bermaksud) : “ Allah Yang Maha Esa” bahawa Allah SWT Esa dari sudut zatNya dan hakikatNya. Suci dari sebarang unsur –unsur penyusunan. Ia juga menafikan dari Allah Ta’ala semua jenis sifat berbilang.

Ia juga menjelaskan menerusi firmanNya: “ Allah tempat berharap”. Bahawa diriNya Maha Kaya, dan Maha mengasihani. Semua makhluk memerlukanNya untuk memohon rahmat dan keperluan mereka. Allah bersifat dengan segala sifat yang sempurna dan Maha Hebat. Ayat ini menafikan bahawa Allah memerlukan pertolongan orang atau tuhan lain.

Menerusi ayatNya: “Tidak beranak”, surah ini menegaskan bahawa Allah itu Maha Esa dan Tunggal. Tidak ada yang sejenis denganNya. Dia tidak melahirkan sesiapa. Tiada sesiapa selepasNya yang menyamaiNya. Ayat ini juga menafikan ada yang lain dari Allah yang sejenis dan serupa denganNya.

Allah juga Maha Sedia wujud sejak azali. Ia tidak didahului oleh sifat tiada. Ia tidak ada berbapa. Tidak ada sesiapa yang mendahuluiNya. Manakala menerusi firmanNya: “ Tidak diperanakkan” pula menafikan sifat ‘baru’ atau ‘awalan kejadiannya’.

Allah SWT juga tidak ada setara atau wujud lain yang sebaya. Tidak ada yang menyerupaiNya. Tiada klon, teman dan gandingan. Penafian tentang wujud gandingan dan yang menyerupai zatNya yang maha Tinggi ditegaskan menerusi firman Allah ( maksudnya) : “ Dan tidak ada yang setar denganNya.”

Setiap isbat merupakan penegasan terhadap akidah Islam yang tegak di atas asas tauhid, “tanzih” penyucian dan pengagungan. Setiap penafian pula merupakan sanggahan terhadap pengikut akidah batil seperti Thanawiyyah yang mengiktiraf kewujudan dua tuhan bagi alam ini iaitu tuhan cahaya dan tuhan kegelapan. Ia juga satu sanggahan terhadap Nasrani yang berfahaman trinitas ( tuhan tiga oknum). Ia juga menyanggah pandangan al- Sobi’ah yang menyembah bintang, pandangan yahudi yang menyatakan ‘Uzair anak Allah dan pandangan musyrikin yang menyatakan bahawa malaikat adalah puteri Allah.

FirmanNya (bermaksud): “ Esa” menolak pandangan Thanawiyyah. FirmanNya yang bermaksud: ‘Allah tempat berharap” menyanggah pandangan mereka yang mensabitkan kewujudan pencipta yang lain dari Allah. Ini kerana sekiranya terdapat pencipta lain dari Allah, tentu saja Allah tidak akan menjadi tempat pergantungan makhluk untuk memeohon semua kehendak mereka.

Firman Allah selanjutnya ( bermaksud) : “tidak beranak dan tidak diperanakkan “ menafikan pandangan yahudi terhadap ‘Uzair, pandangan Nasrani terhadap Nabi Isa dan pandangan musyrikin bahawa para malaikat adalah puteri Allah.

2- Para ulama’ berkata: Surah ini menjelaskan hak- hak Allah sebagaimana surah al-Khauthar menjelaskan hak- hak Rasulullah. Cuma celaan terhadap terhadap hak- hak Rasulullah dalam surah al-Khauthar adalah kerana mereka berkata bahawa Baginda “abtar” ( terputus zuriat tidak mempunyai anak lelaki). Manakala celaan terhadap Allah yang dijawab dalam surah al-Ikhlas ini kerana dakwaan mereka bahawa Allah mempunyai anak. Kalau ketiadaan anak merupakan satu perkara yang meng’aibkan bagi manusia. Maka kewujudan anak bagi Allah pula adalah kekurangan atau ke’aiban bagi Allah. Justeru itu Allah menyatakan di sini: “ katakanlah wahai Muhammad,” bagi menolak pandangan serong terhadap Allah ini. Manakala di dalam surah al-Kauthar, Allah tidak menyebut “ katakanlah” tetapi Allah berfirman secara terus agar Dia sendiri dapat mempertahankan Rasulullah…

Wallahu a’lam…

Tafsir Munir.- Dr. Wahbah Zuhaily

19 March 2011

MUTIARA HADITH- ERTI SYUKUR...


Maksudnya: “Bercakap mengenai nikmat Allah bererti syukur, dan sesiapa yang meninggalkannya bererti kufur, dan sesiapa yang tidak bersyukur sedikit nescaya dia tidak bersyukur banyak, dan siapa yang tidak bersyukur kepada manusia dia tidak bersyukur kepada Allah.”

Bersyukur adalah suatu tindakbalas yang baik, samada melalui perkataan atau perbuatan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang. Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perkataan yang baik, yang indah dan luhur serta perbuatan yang menggambarkan pemberian itu diterima dengan penuh penghargaan dan terima kasih.

Syeikh Muhammad A’bduh membuat takrif syukur sebagai berikut:

Dan tidak dikatakan bersyukur kecuali jika seseorang menggunakan dan memanfaatkan segala nikmat- nikmat itu dalam hal-hal untuk apa nikmat itu diberikan.

Jadi tidak cukup bersyukur itu dengan membaca atau mengucapkan lafaz الحمد للهdan شكر الله sahaja. Erti bersyukur yang sebenarnya ialah meliputi lisan, hati, dan anggota badan.

Bagaimanakah caranya kita bersyukur kepada Allah s.w.t. ? bersyukur kepada Allah s.w.t. ialah dengan mengekalkan baik sangka terhadap Allah s.w.t. dan meletakkan keyakinan kepada-Nya dalam apa jua keadaan. Perkataan yang terlafaz dari mulut kita tentang Allah s.w.t. hanyalah kata-kata pujian, sanjungan dan pujaan. Justeru hanya Allah s.w.t . yang layak menerima kata-kata seperti itu. Tidak seharusnya terlafaz daripada diri kita perasaan benci, kecewa , buruk sangka dan perasaan seumpama itu terhadap Allah s.w.t.

Baginda membanyakkan ibadat sebagai amalan kesyukuran kepada Allah s.w.t. Oleh itu, melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t. dan meninggalkan larangan-Nya, adalah pernyataan kesyukuran yang paling utama. Ini diikuti dengan mengerjakan amalan-amalan sunat bagi menyempurnakan kesyukuran itu.

Tanda bersyukur dalam perkhidmatan ialah dengan menjadikan khidmat kepada Negara dan orang ramai sebagai ibadah. Tugas yang dijalankan sama ada di sektor awam dan swasta, bukan semata-mata untuk mencari nafkah, tetapi lebih daripada itu.

Selain daripada bertujuan mencari nafkah, ia juga hendaklah memenuhi tuntutan ibadah iaitu mencari nafkah untuk diri dan keluarga bagi memenuhi kewajipan yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Jika ini menjadi matlamat, maka nafkah yang diperolehi mestilah nafkah yang halal, kerana tujuannya ialah untuk menunaikan kewajipan yang ditentukan Allah s.w.t terhadap diri dan keluarga. Demikian juga gaji dan elaun yang diterima hendaklah bersih daripada sesuatu yang haram, seperti rasuah, tuntutan berlebihan daripada sepatutnya dan sebagainya.

Tujuan seseorang diambil berkhidmat adalah untuk menggerakkan jentera kerajaan atau swasta supaya dia dapat memberikan khidmat yang memuaskan kepada orang ramai dan untuk meningkatkan kemajuan serta kemakmuran negara. Justeru itu, khidmat kakitangan awam atau pekerja bukanlah sekadar mencari nafkah sahaja, sebaliknya ia hendaklah menjadi saluran untuk mendapatkan pahala yang besar, jika dilaksanakan dengan niat.

Berkhidmat pada orang ramai, berusaha memberikan kebaikan dan kemudahan kepada rakyat, membasmi kemiskinan dan sebagainya, menjadi ibadah jika dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Oleh sebab keredhaan Allah s.w.t. itu tidak terbatas, tidak luput dan tidak akan habis, manusia boleh memberikan khidmat sebanyak mungkin bagi mendapatkan keredhaan itu. Dengan bekerja dan berkhidmat sebagai ibadah seseorang akan merasai kepuasan daripada kerjanya, mencintai kerjanya dan berdedikasi dalam menjalankan tugasnya. Hasilnya, produktiviti bertambah dan nikmat Allah s.w.t. akan mencurah- curah.

Bersyukurlah kita kepada Allah s.w.t. dan jadikanlah perkhidmatan kita satu ibadah yang pahalanya akan berterusan....
Wallahu a'lam...