04 January 2015

JADUAL KURSUS PERKAHWINAN 2015


-->
JADUAL KURSUS PERKAHWINAN 2015
BULAN
TARIKH PILIHAN
(SABTU DAN AHAD)
TARIKH PILIHAN
( SABTU DAN AHAD)
JANUARI
03 & 04
24 & 25
FEBRUARI
07 & 08
21 & 22
MAC
07 & 08
21 & 22
APRIL
04 & 05
18 & 19
MEI
09 & 10
23 & 24
JUN
06 & 07
20 & 21
JULAI
04 & 05
25 & 26
OGOS
01 & 02
22 & 23
SEPTEMBER
05 & 06
19 & 20
OKTOBER
03 & 04
                      17 & 18
NOVEMBER
07 & 08
21 & 22
DISEMBER
05 & 06
19 & 20
PROGRAM KURSUS
SABTU
AHAD
7.45pg- 8.00pg - Lapor Diri
8.00pg- 8.30pg - Taklimat Kursus
8.00pg- 8.30pg - Taklimat Kursus
8.30pg- 10.00pg -Pengurusan Kesihatan
8.30pg- 10.30pg - Perkahwinan dan Prosedur
10.00pg- 10.30pg - Rehat
10.30pg- 11.00pg- Rehat
10.30pg- 11.30pg -Pembubaran Perkahwinan
11.00pg- 12.00tgh- Pengurusan Stress dan konflik
11.30pg- 12.30tgh - Hubungan dalam Keluarga
12.00tgh- 01.00 tgh- Perkhidmatan Rundingcara
12.30tgh- 01.30 ptg -Komunikasi Suami Isteri
01.00 tgh-02.00ptg- Rehat
01.30 ptg-02.30ptg -Rehat
02.00ptg- 03.00ptg- Akhlak
02.30ptg- 03.30ptg -Akidah Islamiyah
03.00ptg- 4.00ptg- Pengurusan Sumber
03.30ptg- 4.30ptg - Ibadah
04.00ptg- 4.30ptg- Ujian Bertulis.
BAYARAN PENDAFTARAN: RM 70.00
KETERANGAN LANJUT : HUBUNGI TALIAN 04-7310052
URUSAN KAUNTER : 08.00PG- 01.00 TGH
:02:00PTG- 05:00PTG
TUTUP : JUMAAT & SABTU, CUTI UMUM.

08 April 2013

KHIDMAT SOAL JAWAB AGAMA


HALAQAH ILMU & SOAL JAWAB AGAMA

Perunding
USTAZ MOHD FUAD BIN HJ MARZUKI

Tempat
PUSAT DAKWAH ISLAM NEGERI KEDAH

Sebarang Kemusykilan Agama
Bolehlah Diajukan :
Terus Ke Talian 04-7310052

Atau
Hadir Ke 

DEWAN PUSAT DAKWAH ISLAM NEGERI KEDAH

SETIAP HARI SELASA
JAM 10.30PG- 12.30 TGH

HALAQAH ILMU

KITAB

MUNYATUL MUSOLLI & MUHIMMAH

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI: 04- 7310052

11 December 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H


USTAZ MOHD FUAD BINN MARZUKI
KITAB : PENAWAR BAGI HATI
HARI : ISNIN
MASA : 1.00 p.m
TEMPAT : MASJID PUSAT DAKWAH ISLAM NEGERI KEDAH




Jom, Mulakan Langkah Baru !!

Umur kian bertambah saban tahun. Bermakna usia semakin meningkat. Kehidupan di dunia semakin pantas meninggalkan kita. Bererti destinasi kita ke alam yang kekal abadi makin hampir. Biarlah usia yang tersisa terisi dengan amal soleh dan kebajikan yang bakal menjadi bekal menentukan neraca timbangan di hari pembalasan. Hanya amalan soleh yang akan memandu kita menuju ke syurga. Sebaliknya, jika berat timbangan neraca keburukan dan kebatilan, maka ia akan memacu kita terjerumus ke lembah neraka. Tidak guna lagi penyesalan pada hari tersebut. Harta, anak-anak, kemewahan dan kedudukan di dunia tiada erti lagi melainkan hati yang bersih dan jiwa yang sempurna akan bergembira bertemu Tuhan Yang Maha Esa.

Berilah perhatian akan bicara Allah s.w.t di dalam ayat ini :

Maksudnya : “ Hari yang padanya harta benda dan anak pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apa pun, Kecuali orang yang datang menghadap Allah Taala dengan hati yang selamat sejahtera ( daripada syirik dan penyakit munafik ) “ [ Surah Asy Syu’ara’ : Ayat 88 & 89 – Rujukan Tafsir Pimpinan Ar Rahman ]

……..

“ Impian aku tahun lepas pun masih belum tertunai, sedar-sedar dah masuk tahun baru “. Bisik kita sendirian.

“ Banyak benda yang tak sempat nak buat lagi. Memang aku nak ubah perangai aku ni. Ish ! makin hari, makin tua, tapi masjid, surau, majlis ilmu masih tak tertunai. Kalau dulu aku sibuk dengan kerja. Macam-macam alasan yang ada kalau kawan-kawan ajak ke masjid. Tapi sekarang kalau nak ikutkan, aku dah tak sibuk dengan kerja. Masa pun banyak dihabiskan di rumah. Tapi pasal apa aku malas juga nak pergi masjid ? “ Bentak hati sanubari.

“ Aku cadang nak sambung mengaji tahun lepas. Tapi sedar-sedar dah masuk tahun baru. Daftar pun belum. Aduh ! “ Kesal menerjah dalam jiwa.

Dan bermacam-macam lagi yang kita sering dengar dari mulut mereka-mereka yang dengan sengaja tidak mahu impian mereka tercapai sedangkan tempoh setahun cukup lama dan dikira sempat untuk melakukan apa sahaja dengan syarat bersungguh-sungguh dan memiliki keazaman yang jitu. Tetapi apabila masuk sahaja tahun baru, keluhan-keluhan sebeginilah yang sering kita dengar. Awas, mungkin keluhan sebegini juga secara tidak sedar keluar dari mulut kita sendiri !

Jadi apa yang seharusnya kita lakukan ?

1. Ingatlah bahawa kelmarin merupakan sejarah, hari ini adalah peristiwa dan esok adalah cita-cita. Biarlah yang sejarah menjadi panduan dan pengajaran agar peristiwa hari ini menjadi pembakar semangat dan langkah berani untuk menggapai cita-cita esok hari.

2. Sambung azam tahun lepas dan bulatkan tekad mencari formula pelaksana yang mapan bagi melaksanakan azam yang telah dijanji. Usah bingung membuat azam baharu sedangkan cita-cita yang dahulu masih belum tercapai. Biar satu-persatu hasrat yang dicitakan menjadi kenyataan. Kita khuatir jika lemas dalam cita-cita hingga ia berubah menjadi angan-angan.

3. Memberikan sepenuh komitmen dan tumpuan kepada kerja-kerja untuk mencapai apa yang menjadi azam dan matlamat. Tinggalkan perkara-perkara remeh yang menjadi penghalang untuk kita terus maju ke hadapan.

4. Berani membuat keputusan. Untuk menjadi orang yang berjaya, kita mestilah berani memberikan kata putus. Jangan teragak-agak untuk melakukan sesuatu perkara yang difikirkan akan menguntungkan kita. Dan pastikan dalam membuat keputusan, kita mestilah mengambil kira pendapat dan pandangan orang-orang yang terpenting dalam hidup kita kerana merekalah yang akan membantu membakar semangat dan mengiringi perjalanan kita dengan doa dan redha untuk kesejahteraan kita. Jadi buatlah keputusan sekarang, memilih jalan yang terbaik untuk masa depan dan cita-cita yang diimpikan.

5. Pastikan kerja yang diamanahkan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Tiada istilah malas dan tidak berani mencuba kerana malas itu batu penghalang yang terbesar untuk maju.

6. Setelah berusaha, serahkan kepada Allah s.w.t untuk menentukan baik buruk kerja yang kita lakukan. Bertawakkallah kepadaNya kerana kita insan hanya mampu merancang, Allah s.w.t yang menentukan.

نحن الإنسان ندبر والله ربنا يقدر

Ayuh ! marilah kita berazam untuk meningkatkan iman dan amalan kita bersempena dengan tahun baru hijrah yang bertandang. Biarlah kita menjadi orang rugi di mata manusia kerana tidak memiliki kesenangan dunia sedangkan kita kaya di sisi Tuhan dengan bekalan amalan yang dimiliki.


--------------------------------------



25 April 2011

Santapan Rohani


Solatlah Anda Sebelum Anda di Solatkan

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia


23 April 2011

Peringatan Buat Yang Lupa

JANGAN MENGELUH

Kita selalu Bertanya.... .........

dan Al-Quran sudah menjawabnya.


KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman, " ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang- orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang- orang yang dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang- orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang- orang yang beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
- "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "

- "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang- orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
- Surah Yusuf ayat 12